23 Februari 2022
Satu Mesyuarat Publisiti dan Laman Web yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Edwin Abit, Setiausaha Tetap, Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah (MANRED) telah diadakan di bilik mesyuarat MANRED pada pagi ini.
Agensi-agensi yang turut hadir ialah Jabatan Pertanian Sarawak (DOA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS), Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID), Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS).