Geran RM35 juta untuk skim tanaman baharu sawit
SIMUNJAN – Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan geran sebanyak RM35 juta di bawah Bajet 2022 bagi skim penanaman baharu kelapa sawit pekebun kecil, kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin.
Beliau berkata, selain peruntukan geran itu, pekebun kecil akan turut diberikan benih klon kelapa sawit berkualiti serta baja bagi membolehkan mereka meningkatkan hasil kebun mereka.
“Kalau dulu semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH), geran ini telah ditukarkan kepada pinjaman. Ini telah membebankan pekebun kecil tapi sekarang pekebun kecil boleh menarik nafas lega dan dapat memulakan penanaman baharu mereka,” katanya.
Artikel Penuh :