Dari ladang ke meja makan
Sepang: Buah naga yang turut dikenali sebagai buah pitaya, lazimnya dinikmati begitu sahaja selain dijadikan jus atau pencuci mulut, dan mungkin ada sesetengah pengusaha yang memproses buah daripada sejenis kaktus itu menjadi kerepek.
Namun, terlintaskah di fikiran kebanyakan kita untuk menggunakan buah itu dalam nasi lemak?
Kedengarannya agak janggal, akan tetapi itulah yang dilakukan oleh pengusaha ladang buah naga Sam Chia, 51, yang menghidangkan menu itu di restoran miliknya di Jalan Besar, Batu Satu di sini, kira-kira 66 kilometer dari Kuala Lumpur.
Baca lanjut:
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/10/771154/dari-ladang-ke-meja-makan