LPP keluar minyak masak jenama sendiri
LEMBAGA Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Johor mengeluarkan minyak masak jenamanya sendiri, Peladang sejak bulan lalu bagi memberikan pilihan produk bermutu kepada masyarakat.
Pengarah LPP Negeri Johor, Datuk Sawalludin Ahmad berkata, minyak masak Peladang mula dipasarkan di semua Peladang outlet selain pasar raya terpilih, sejak 9 September lalu.
Katanya, minyak masak yang dikeluarkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Simpang Renggam itu juga mula menembusi pasaran negeri lain termasuk Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.
Baca lagi:
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/10/764916/lpp-keluar-minyak-masak-jenama-sendiri