Skip to main content

Lawatan kerja ke Pusat Pembiakan Anak Ikan yang dikendalikan oleh syarikat Peladang Ceria Hatchery Sendirian Berhad (PCHSB) di Batang Ai.

7 Oktober 2021 | Batang Ai

Hari ini YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah (MANRED) Sarawak merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pembiakan Anak Ikan yang dikendalikan oleh syarikat Peladang Ceria Hatchery Sendirian Berhad (PCHSB) di Batang Ai.

PCHSB, syarikat kerjasama antara PPNS dan syarikat Ceria Alliance Sendirian Berhad (CASB) ditubuhkan pada Ogos 2021 untuk pengeluaran anak benih ikan air tawar terutama ikan tilapia telah mula beroperasi sejak 1 September 2021.

Dr Abdul Rahman, juga Pengerusi PCHSB diberikan taklimat oleh Wong Sek Wah, Pengurus Pembenihan PCHSB berkenaan pengoperasian pembenihan yang menggunakan teknik terkini bagi menghasilkan anak benih ikan berkualiti tinggi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutama dari penternak tilapia di Tasik Batang Ai.

Syarikat ini menyasarkan untuk menghasilkan sehingga 5 juta anak ikan tilapia setiap bulan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dimana PPNS berperanan sebagai pengedar.

Dr Abdul Rahman berharap syarikat ini akan dapat mempastikan pengeluaran yang berterusan dengan harga yang berpatutan bagi menggalakkan lebih ramai melibatkan diri dalam penternakan ikan di Sarawak.

Seterusnya rombongan dibawa melawat sangkar ternakan ikan tilapia milik Borneo Ecofish Sendirian Berhad (BEFSB) yang merupakan pelanggan utama anak benih ikan tilapia keluaran PCHSB.

Hadir sama Dr Gluma Saban, Ketua Penolong Setiausaha MANRED, Fakhruddin Bohari, Ketua Seksyen Perikanan Darat DOA, Mohidi Bidin, Ketua Institusi Peladang DOA, pegawai-pegawai dari MANRED dan DOA Sarawak serta ahli lembaga pengarah PPNS dan PCHSB.

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support