Mesyuarat Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri ( PPN ) seluruh negara
4 Oktober 2021|Kuching
Hari ini YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Sarawak ( MANRED ) merangkap Pergerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak ( PPNS ) , menghadiri Mesyuarat Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri ( PPN ) seluruh negara secara talian.
Beliau mengucapkan tahniah atas pemilihan YBhg Dato Zamri Yaakob sebagai Pengerusi NAFAS yang baharu dan berharap agar hubungan NAFAS dan PPN bertambah erat demi menjaga kebajikan warga peladang seluruh negara.