Eksport sawit Malaysia ke rantau MENA dijangka melonjak
KUALA LUMPUR: Eksport minyak dan lemak berasaskan minyak sawit Malaysia ke rantau Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) dijangka berkembang sehingga 75 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang daripada 64 peratus ketika ini, di tengah-tengah pertumbuhan populasi dan peningkatan permintaan terhadap komoditi berkenaan bagi industri makanan dan bukan makanan.
Pengarah Urusan Alami Commodities Sdn Bhd, Ahmed Alami, berkata rantau MENA tidak menghasilkan biji minyak yang mencukupi berikutan lokasi geografi dan batasan lain dan biji minyak domestik serta yang diimport hanya berupaya menampung 36 peratus daripada jumlah keperluan rantau itu, justeru bakinya perlu dipenuhi menerusi import minyak sayuran.
Baca lagi: