ULASAN | CPTPP dan pertanian: Dikejar tak dapat, dikendong berciciran
Akhir-akhir ini beberapa kumpulan perniagaan dan pihak tertentu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) giat melobi pimpinan kerajaan agar Malaysia segera mengesahkan (meratifikasi) perjanjian perdagangan bebas CPTPP – Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Rentas Pasifik.
CPTPP ditangani oleh 11 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, Peru, New Zealand, Singapura and Vietnam pada 8 Mac 2018.
CPTPP hanya akan berkuat kuasa apabila negara-negara terbabit meratifikasi undang-undang negara masing-masing agar selari dengan teks perjanjian.
Baca lagi: