Jabatan Pertanian Dan PPK Lawas Berjaya Kumpul 5.5 Tan Buah-Buahan, PBB DUN Bukit Sari Bantu Agih Kepada Penerima Terpilih
KHAMIS, 19 OGOS 2021
LAWAS: Jabatan Pertanian Sarawak Daerah Lawas dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lawas telah berjaya mengumpul 5.5 tan buah-buahan yang dibeli daripada pekebun di Daerah Lawas.
Pembelian hasil tani ini dibuat selepas mendapati lambakan buah-buahan yang tidak terjual dan pada masa sama membantu pekebun-pekebun kecil mendapatkan pendapatan sepanjang pandemik COVID-19.
Menerusi Program ‘Peladang Prihatin Sarawak’, Jabatan Pertanian Sarawak Daerah Lawas dan PPK Daerah Lawas telah menyerahkan bantuan bakul makanan buah-buahan kepada Pusat Khidmat DUN Bukit Sari untuk diagihkan kepada penerima yang terpilih.
Baca lagi: