MAFI lancar 2 pelan bangunkan industri ruminan negara
PUTRAJAYA: Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara (BIF PLAN 2021-2025) dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara 2021-2025 (DAIRY PLAN 2021-2025) yang dilancarkan hari ini akan menumpukan pelbagai inisiatif dan insentif bagi membangunkan industri ruminan negara.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata menerusi pelan berkenaan ia mampu membangunkan industri pedaging dan tenusu melalui pendekatan sistem penternakan yang lebih efisien, meningkatkan kapasiti pengeluaran, pengekalan kos pengeluaran yang optimum serta memperkukuh pengurusan di sepanjang rantaian nilai.
Baca lagi: