Skip to main content

 

Lawatan kerja ke tapak Taman Pertanian Pintar Rampangi 2 oleh Setiausaha Tetap MANRED

KUCHING, 20 Mei 2021 – Setiausaha Tetap MANRED, YBhg. Encik Edwin Abit telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Taman Pertanian Pintar Rampangi 2 untuk melihat sendiri kemajuan kerja-kerja pembersihan tapak yang sedang dijalankan. Taman Pertanian Pintar (Smart Farming Park) ini terletak di bekas tapak Stesen Penyelidikan Pertanian Rampangi.

Antara objektif projek Taman Pertanian Pintar ini adalah untuk meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran makanan secara komersial dan membantu dalam meningkatkan pengeluaran makanan yang mapan dan berkualiti.

Turut hadir semasa lawatan adalah Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dr Alvin Chai Lian Kuet; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB); Encik Siang Mandaw; dan Ketua Bahagian Pertanian & Industri Agromakanan MANRED, Dr Gluma Saban.

 

 

State Farmers’ Organisation Sarawak | PPNS
Scan For Mobile
Calendar
Announcement
Contact Us
Support