Satu mesyuarat berkenaan operasi Pasar Borong Samarahan telah diadakan di pejabat YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Ismail, Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak pada 17 Februari 2021. Agensi-agensi dijemput adalah Kementerian Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED), Jabatan Pertanian Negeri Sarawak, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Bahagian Samarahan, Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak dan Syarikat Pembekal.